Friday, 17 May 2013

Allah adalah Esa

”Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!
Kasihilah TUHAN Allahmu, dengan segenapa hatimu dan dengan segenap
jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu.
Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan.
Haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan
membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang
dalam  perjalanan, apabila engkau berbaring, dan apabila engkau bangun” (Ulangan 6:4-7).
            Ayat-ayat ini ditimbangkan oleh orang-orang Yahudi sebagai ayat-ayat Alkitab yang terpenting. Sebenarnya, ada setengah orang Yahudi yang memakai ayat empat tertulis di atas tali sembahyang mereka, bersama-sama dengan tiga ayat lagi. (Orang-orang Yahudi memakai tali sembahyang ini apabila mereka berdoa, sebagai satu peringatan kepada mereka).
            Bangsa Israel diperintahkan oleh TUHAN mengajar anak-anak mereka kebenaran bahawa Allah adalah esa dan mereka harus mengasihiNya.

FIRMAN ALLAH TIDAK MENGAJAR DOKTRIN ”TRITUNGGAL”
            Perkataan ”tritunggal” atau ”tiga bersatu,” atau sebutan lain yang kesamaan, tidak terdapat dalam firman Allah. Alkitab tidak ada juga sebutan seperti ”Tiga Yang Kudus,” atau ”Keluarga Yang Kudus,” tetapi, kita dapat membaca banyak ayat kitab suci tentang ”Yang Kudus,” sebagai contoh: Yesaya 41:14, 16, 20, 43:3, 47:4. Dalam Alkitab Inggeris, sebutan ini selalu menterjemahkan: ”Holy One.”
            Sebelum kita belajar tentang keesaan Allah, kita akan belajar tentang doctrine tritunggal yang diterima oleh kebanyakan jemaat sebagai doktrin rasmi mereka.
            Doktrin tritunggal mengajar:
1.      Ada tiga wujud dalam keAllahan: Bapa, Anak, dan Roh Kudus.
2.      Bapa adalah tersendiri dan berlainan daripada Anak dan Roh Kudus; Anak adalah tersendiri dan berlainan daripada Bapa dan Roh Kudus; dan Roh Kudus adalah tersendiri dan berlainan daripada Bapa dan Anak.
3.      Semua tiga mempunyai tarag yang sama. Semua mempunyai kuasa, pengetahuan dan umur (kerana mereka wujud bersama-sama pada azal) yang sama.
4.      Sungguhpun ada tiga wujud di dalam keAllahan itu, tetapi secara yang tidak ada seorang pun dapat menyatakan, semua adalah esa.
            Makna perkataan ”esa” adalah ”satu, tunggal, tidak ada yang lain lagi.” Allah dengan jelas mengisytiharkan bahawa Dia adalah esa (Ulangan 6:4). Bagaimanakah kita dapat membahagikan Allah ke dalam tiga wujud yang berlainan dan tersendiri daripada satu sama lain, tetapi mereka masih semua esa?
            Kalau Allah (Bapa) mengongsi kuasa dan pengetahuanNya secara yang sama dengan dua wujud yang lain, mengapakah Dia berkata:
”Dengan siapa hendak kamu samakan Aku, seakan-akan Aku seperti dia? Firman
Yang Mahakudus” (Yesaya 40:25).
”Siapakah seperti Aku?” (Yesaya 44:7).
            Mungkin Anak dan Roh Kudus dengan cepat menjawab, ”Kami, Bapa!” Tidak! Yesus, sebagai Anak Allah, berdoa kepada BapaNya. Adakah seorang yang mempunyai kuasa yang sama dengan seorang lain berdoa kepada orang itu? Adakah Anak Allah mengadakan mukjizat-mukjizat dengan kuasaNya sendiri?
”... tetapi Bapa yang diam di dalam Aku, Dialah yang melakukan pekerjaanNya”
 (Yohanes 14:10).
            Kalau Anak dan Bapa mempunyai pengetahuan yang sama tepat, mengapakah Yesus berkata tentang kedatanganNya yang kedua:
”Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat
di syurga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri” (Mat 24:36).
            Kalau Bapa dan Anak wujud pada azal, ini bermakna kedua-dua adalah umur yang sama. Kalau benar, mengapakah satu wujud bernama ”Bapa” dan wujud yang lain bernama, ”Anak.” Mengapakah juga firman Allah menyampaikan kepada kita bahawa Anak telah dilahirkan:
”Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita;
lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat
 Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai” (Yesaya 9:6).
            Kita boleh bertanya banyak lagi persoalan. Sebagai contoh, kalau Allah adalah tiga wujud,
Mengapakah firman Allah tidak menjelaskan ini kepada kita? Mengapakah kita dikira menerima keAllahan sebagai satu misteri (teka-teki).
            Mengapakah Paulus tidak percaya keAllahan satu misteri?
”Sebab apa yang tidak nampak daripadaNya, iaitu kekuatanNya yang kekal dan
keilahanNya *(keAllahan) dapat nampak *(dengan jelas nampak) kepada pikiran
dari karyaNya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih” (Roma 1:20).
*Alkitab Inggeris, KJV
            Firman Allah mengajar kita keAllahan bukan satu misteri, tetapi kita dapat dengan jelsa melihat dan memahaminya, dan tidak ada seorang pun yang dapat berdalih.

SIAPAKAH ADALAH BAPA DALAM KEALLAHAN?
”Kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut: Pada waktu Maria, ibuNya,
bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus...” (Matius 1:18).
”... Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi
engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah” (Lukas 1:35).
”Sebab seorang anak telah lahir untuk kita... dan namanya disebutkan orang:
Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal ...” (Yesaya 9:6).
Adakah tiga Bapa dalam keAllahan?
”Satu Allah dan Bapa semua ...” (Efesus 4:6).
”Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan
kita?” (Maleakhi 2:10).

DARI MANA DOKTRIN TRITUNGGAL BERASAL?
            Doktrin tritunggal mulai diajar semasa kurun yang kedua, tetapi tidak diterima oleh ramai orang Kristisn. Pada tahun 325 T. M., Gereja Katolik Roma mengadakan satu majlis bernama Majlis Nicene. Maksudnya untuk mengambil keputusan tentang doktrin KeAllahan, kerana ada berbagai-bagai pendapat. Ada orang percaya kepada doktrin keesaan, dan ada orang yang percaya kepada doktrin tritunggal, dan ada orang yang percaya kepada kepercayaan-kepercayaan yang lain.
            Suasana untuk majlis ini bukan rohani, dengan banyak pertengkaran, termasuk orang-orang yang berkumpul-kumpul satu sama lain. Sesudah banyak perundingan, doktrin tritunggal menjadi doktrin rasmi untuk Gereja Katolik Roma, dan juga, cara untuk baptisan diubahkan kepada ”dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus,” sungguhpun baptisan ”dalam nama Yesus Kristus” digunakan oleh setengah orang sehingga kurun yang kelapan.
            Satu alasan doktrin tritunggal diterima dengan senang oleh ramai orang ialah kerana mereka mendapati lebih senang untuk menarik orang-orang yang menyembah berhala-berhala kepada agama Kristian. Susahlah untuk orang-orang seperti ini percaya kepada satu Allah sahaja! Kemudian, Maria, ibu Yesus Kristus, ditinggikan kepada tempat sama dengan Allah, dan pengikut-pengikut Gereja Katolik Roma mulai menyembah Maria sebagai ”Ibu Allah.” Maria menjadi sebahagian ”Keluarga Yang Kudus.”
 
APA YANG ALLH BERKATA TENTANG DIRINYA?
”Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam:
’Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain
daripadaKu” (Yesaya 44:6).
’”Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain; kecuali Aku tidak ada Allah’” (Yesaya 45:5).
’”... Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi.
Aku, Akulah TUHAN dan tidak ada juruselamat selain daripadaKu” (Yesaya 43:10-11).

YESUS KRISTUS ADALAH ALLAH DINYATAKAN DALAM RUPA MANUSIA!
1.      Anak adalah tubuh yang didiami oleh Allah. ”... Anak yang akan kaulahirkan itu akan
disebutkan... Anak Allah” (Lukas 1:35). Maria bukan melahirkan Allah yang diam di dalam tubuh itu. Dia melahirkan tubuh sahaja. Hanya tubuh itu yang disebutkan ”Anak Allah.”
2.      TUHAN (Yehovah) diam di dalam tubuh itu: Matius 1:23; I Timotius 3:16; Yohanes 1:1,
14; Ibrani 2:13-17.
3.      Kerana Allah menciptakan tubuh itu, Dia adalah Bapanya. Jadi, perhubungan di antara
tubuh dan penciptanya adalah Bapa dan Anak (Yohanes 14:8-9; Yohanes 10:30-33).
4.      Yesus adalah Allah, tetapi juga manusia. Sebagai manusia Dia menjadi lapar, dahaga, dan
letih. Sebagai Allah, Dia mempunyai kuasa untuk memperbanyakkan roti dan ikan. Sebagai manusia, Dia berdoa; tetapi, sebagai Allah, Dia menjawab doa.
5.      Yesus Kristus dipanggil ”Yang Mahakuasa” dalam Wahyu 1:8. mustahil untuk dua wujud
mempunyai gelaran itu!
6.      Yesaya bernubuat tentang Yohanes Pembaptis: ”Ada suara yang berseru-seru:
’Persiapkan di padang gurun jalan untuk TUHAN, luruskan di padang belantara jalan raya bagi Allah kita!” (Yesaya 40:3).
            Sangat jelas dalam ayat ini bahawa Yesus Kristus adalah Allah yang menyatakan diri dalam rupa manusia!
SATU ALLAH, TIGA MANIFESTASI
            Lebih tepat untuk kita berfikir tentang Allah mempunyai tiga manifestasi, bukan tiga wujud tersendiri berlainan daripada satu sama lain. Allah menyatakan diriNya sebagai: 1) Bapa, kerana Dia menciptakan segala sesuatu; 2) Anak, kerana tubuhNya menjadi korban bagi dosa-dosa semua manusia, dan 3) Roh Kudus, kuasa yang aktif dalam jemaat Yesus Kristus (Kisah Para Rasul1:8).
            Kita pun boleh berfikir tentang Allah mempunyai tiga jawatan, juga: Bapa, Anak, dan Roh Kudus, sama seperti berjuta-juta orang di dunia ini adalah Bapa kepada anak-anak mereka, anak kepada Bapa mereka, dan suami kepada isteri mereka, tetapi mereka adalah satu orang sahaja!
            Air dapat digunakan dalam rupanya yang biasa, atau dibekukan sehingga menjadi ais, atau direbuskan sehingga menjadi stim, tiga manifestasi, tetapi air yang sama!
            Sama dengan Allah. Kalau kita percaya keAllahan terdiri wujud tersendiri dan berlainan dengan satu sama lain, dengan automatik kita percaya kepada tiga Allah dan menjadi seperti orang-orang yang percaya kepada dan menyembah banyak allah!
            ”Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!” (Ulangan 6:4).
”Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti’” (Matius 4:10).

1 comments:


  1. Shalom bapak, ibu saudara/i di manapun berada. Apakah Sudah ada yang pernah mendengar tentang Shema Yisrael? Ini adalah kalimat pengakuan iman orang Yahudi yang biasa diucapkan pada setiap ibadah mereka baik itu di rumah ibadat atau sinagoga maupun di rumah. Yesus juga menggunakan Shema untuk menjawab pertanyaan dari seorang ahli Taurat mengenai hukum yang utama. Kita dapat baca di Ulangan 6 ayat 4 dan pernah juga dikutip oleh Yesus di dalam Injil Markus 12 : 29. Dengan mengucapkan Shema, orang Yahudi mengakui bahwa YHWH ( Adonai ) Elohim itu esa dan berdaulat dalam kehidupan mereka. Berikut teks Shema Yisrael tersebut dalam huruf Ibrani ( dibaca dari kanan ke kiri seperti huruf Arab ) beserta cara mengucapkannya ( tanpa bermaksud untuk mengabaikan atau menyangkal adanya Bapa, Roh Kudus dan Firman Elohim yaitu Yeshua haMashiakh/ ישוע המשיח, yang lebih dikenal oleh umat Kristiani di Indonesia sebagai Yesus Kristus ) berikut ini

    Teks Ibrani Ulangan 6 ayat 4 : ” שְׁמַ֖ע ( Shema ) יִשְׂרָאֵ֑ל ( Yisrael ) יְהוָ֥ה ( YHWH [ Adonai ] ) אֱלֹהֵ֖ינוּ ( Eloheinu ) יְהוָ֥ה ( YHWH [ Adonai ] ) ( ekhad ) ׀ אֶחָֽד ”


    Lalu berdasarkan halakha/ tradisi, diucapkan juga berkat: ” ברוך שם כבוד מלכותו, לעולם ועד ” ( " barukh Shem kevod malkuto, le’olam va’ed " ) yang artinya diberkatilah nama yang mulia kerajaanNya untuk selama-lamanya " ). Apakah ada yang mempunyai pendapat lain?.
    🕎✡️👁️📜🕍🤴🏻👑🗝️🛡️🗡️🏹⚖️☁️☀️⚡🌧️🌈🌒🌌🔥💧🌊🌬️🏞️🗺️🏡⛵⚓👨‍👩‍👧‍👦❤️🛐🤲🏻🖖🏻🌱🌾🍇🍎🍏🌹🐏🐑🐐🐂🐎🦌🐪🐫🦁🦅🕊️🐟🐍₪🇮🇱⛪

    ReplyDelete