Friday, 17 May 2013

Kebangkitan orang mati

Subjek ini satu daripada prinsip-prinsip doktrin Yesus Kristus, asas-asas jemaat Yesus Kristus (Ibrani 6:2).
  1. Orang-orang Yahudi percaya kepada kebangkitan orang mati:
Jelaslah bahawa orang-orang Yahudi semasa zaman Perjanjian Lama memegang kepada kepercayaan yang kuat dalam kebangkitan orang mati. Tetapi Saduki-Saduki, semasa zaman Yesus hidup dan melayani di dunia tidak percaya kepada kebangkitan orang mati.
Paulus memberitahu kita tentang kepercayaan Abraham dan orang yang turun daripadanya:
”Dalam iman mereka semua ini telah mati sebagai orang-orang yang tidak
memperoleh apa yang dijanjikan itu, tetapi yang hanya dari jauh melihatnya
dan yang mengakui, bahawa mereka adalah orang asing dan pendatang di bumi ini.
Sebab mereka yang berkata demikian menyatakan, bahawa mereka dengan
rindu mencari suatu tanah air.
Dan kalau sekiranya dalam hal itu mereka ingat akan tanah asal, yang telah
mereka tinggalkan, maka mereka cukup mempunyai kesempatan untuk pulang ke situ.
Tetapi sekarang mereka merindukan tanah air yang lebih baik yaitu satu
tanah air sorgawi. Sebab itu Allah tidak malu disebut Allah mereka, kerana Ia telah mempersiapkan sebuah kota bagi mereka.” (Ibrani 11:13-16).
Ayub menamggung percubaan-percubaan yang hanya sedikit orang dapat menahan,dan berterusan hidup bagi Allah. Anak-anaknya dibunuh dengan ribut, dan segala sesuatu diambil daripadanya. Dia kena penyakit, ”barah yang busuk dari telapak kakinya sampai ke batu kepalanya.” Kerana semua yang dia menderita, isterinya berkata kepadanya: ”Masih bertekunlah engkau dalam kesalehanmu? Kutukilah Allahmu dan matilah!” (Ayub, Pasal 1 dan 2).
Hanya pengharapannya tentang kebangkitan orang mati menolong dia memegang kepada iman akan Allah:
”Tetapi aku tahu: Penebusku hidup, dan akhrinya Ia akan bangkit di atas debu.
Juga sesudah kulit tubuhku sangat rusak, tanpa dagingkupun aku akan melihat
Allah, yang aku sendiri akan melihat memihak kepadaku; mataku sendiri
menyaksikanNya dan bukan orang lain” (Ayub 19:25-27).
Daud berpuasa selama tujuh hari bagi anaknya supaya dia tidak mati, tetapi kerana dosa Daud, anaknya masih mati. Namun demikian Daud mangharapkan bagi hari yang akan datang apabila dia dan anaknya akan bertemu lagi:
”Aku yang akan pergi kepadanya, tetapi ia tidak akan kembali kepadaku” (II Samuel 12:23).
Ini bukan sahaja pengakuan bahawa semua manusia akan mati, tetapi juga kepercayaan yang kuat dalam kebangkitan orang mati:
”Tetapi aku, dalam kebenaran akan kupandang wajahMu, dan pada waktu bangun
aku akan menjadi puas dengan rupaMu” (Mazmur 17:15).
Membaca juga: Yesaya 26:19; Mazmur 16:9-10; Mazmur 49:16; dan Daniel 12:2

YESUS KRISTUS MENGAJAR TENTANG KEBANGKITAN ORANG MATI
Orang-orang Saduki, sekumpulan orang yang menafikan segala sesuatu yang luar biasa (sebagai contoh: malaikat-malaikat, roh-roh jahat, mukjizat-mukjizat) datang kepada Yesus untuk membuktikan kepadaNya tidak ada kebangkitan orang mati. Menurut hukum Taurat, seorang laki-laki yang mati tanpa meninggalkan anak-anak, saudaranya yang berikutnya boleh berkahwin isterinya dan anak sulung yang nanti dilahirkan perempuan itu dianggap sebagai anak saudara yang sudah mati (Ulangan 25:5). Orang-orang Saduki menggunakan ini untuk cuba membuktikan tidak ada kebangkitan orang mati. Mereka berkata;
”Guru, Musa mengatakan, bahawa jika seorang mati dengan tiada
meninggalkan anak, saudaranya harus kahwin dengan isterinya itu
dan membakitkan keturunan bagi saudaranya itu.
Tetapi di antara kamu ada tujuh orang bersaudara. Yang pertama kahwin,
tetapi kemudian mati. Dan kerana ia tidak mempunyai keturunan, ia
meninggalkan isterinya itu bagi saudaranya.
Demikian juga yang kedua dan yang ketiga sampai dengan yang ketujuh.
Dan akhirnya, sesudah mereka semua, perempuan itupun mati.
Siapakah di antara ketujuh orang itu yang menjadi suami perempuan itu
pada hari kebangkitan? Sebab mereka semua telah beristerikan dia.”
Yesus menjawab mereka: ’Kamu sesat, sebab kamu tidak mengerti Kitab Suci
maupun kuasa Allah!
Kerana pada waktu kebangkitan orang tidak kahwin dan tidak dikahwinkan
melainkan hidup seperti malaikat di syurga” (Matius 22:24-30).
Orang-orang Saduki dengan salah berfikir orang-orang yang percaya kepada kebangkitan juga percaya bahawa isteri suami akan mempunayi perhubungan yang sama di syurga. Yesus Kristus memberitahu mereka:
”Tetapi tentang kebangkitan orang-orang mati tidaklah kamu baca apa yang
difirmankan Allah, ketika Ia bersabda:
’Akulah Allah Abraham, Allah Ishak Dan Allah Yakub? Ia bukanlah Allah
orang mati, melainkan Allah orang hiduap” (Matius 22:31-33).
Ayat 32 lebih senang memahami dalam bahasa Inggeris. ”I am the God of Abraham,” bukan ”I was the God of Abraham.”
Yesus Kristus lebih mengajar tentang kebangkitan orang mati:
”... saatnya akan tiba, bahawa semua orang yang di dalam kuburan akan
mendengar suaraNya,
dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untk hidup
yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum”
(Yohanes 5:28-29).
Dalam yohanes 11, kita membaca tentang kematian Lazarus, saudara Maria dan Marta. Yesus dengan sengaja melewatkan kedatanganNya ke rumah mereka sehingga sesudah kematian orang ini. Lazarus sudah berbaring mati selama empat hari di dalam kubur ketika Yesus sampai. Banyak orang telah datang untuk menghibur Marta dan serta Maria. Ketika Marta mendengar bahawa Yesus datang, dia pergi mendapatkanNya.
”Maka kata Marta kepada Yesus: ’Tuhan, sekiranya Engkau ada di sini,
saudaraku pasti tidak mati.
Tetapi sekarangpun aku tahu, bahawa Allah akan memberikan kepadaMu segala
sesuatu yang Engkau  minta kepadaNya.’
Kata Yesus kepada Marta: ’Saudara akan bangkit.” Kata Marta kepadaNya: ’Aku
tahu bahawa ia akan bangkit pada waktu orang-orang bangkit pada akhir zaman.’
Jawab Yesus: ”Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepadaKu,
ia akan hidup walaupun ia sudah mati,
dan setiap orang yang hidup dan percaya kepadaKu, tidak akan mati selama-
lamanya...” (Yohanes 11:21-26).
”Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai
selama-lamanya” (Ibrani 13:8).
Yesus pergi ke kubur dan kerana kubur ditutup dengan batu, menuruh,”Angkat batu itu!” (Apa yang manusia dapat melakukan, dia biarkan mereka melakukannya. Apa yang manusia tidak dapat melakukan, Dialah yang melakukan!) Maria memprotes, ”Tuhan, ia sudah berbau, sebab sudah empat hari ia mati.”
”Jawab Yesus: ’Bukankah sudah Kukatakan kepadamu: Jikalau engakau percaya
engkau akan melihat kemuliaan Allah?” (Yohanes 11:40).
Sesudah batu diangkat, Yesus berseru dengan suara keras: ”Lazarus, marilah keluar!”
”Orang yang telah mati itu datang keluar, kaki dan tangannya masih terikat dengan
kain kapan dan mukanya tertutup dengan kain peluh. Kata Yesus kepada mereka:
’Bukalah kain-kain itu dan biarkan ia pergi” (ayat 44).
Dengan mukjizat ini, sekali lagi Yesus Kristus membuktikan identitiNya yang benar.

PARA RASUL MENGAJAR TENTANG KEBANGKITAN ORANG MATI
Paulus banyak menderita kerana Injil Yesus Kristus. Pengharapan akan kebangkitan orang mati memberikannya banyak hiburan:
”Jikalau kita hanya dalam hidup ini saja menaruh pengharapan pada Kristus,
maka kita adalah orang-orang yang paling malang dari segala manusia” (I Korintus 15:19).
Paulus menulis seluruh pasal kelima belas I Korintus tentang kebangkitan orang mati. Dalam ayat 1-9, dai mengingatkan jemaat di Korintus tentang kepastian kebangkitan Yesus Kristus. Maka dia menulis bahawa kalau Yesus Kristus dibangkitkan dari orang mati, kita yang percaya kepadaNya akan dibangkitkan dari orang mati, juga.
Tulisan yang lain daripada Paulus tentang kebangkitan orang mati: I Tes 4:13-18; Filipi 3:20-21
Tulisan Yohanes tentang kebangkitan orang mati: I Yohanes 3:2; dan Wahyu 20:11-15.
Orang-orang yang percaya kepada Yesus Kristus, dan sudah mengalami keselamatan yang benar tidak perlu mempunyai ketakutan akan kematian. Seperti Paulus, kita dapat berkata:
”Kerana bagiku hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan” (Filipi 1:21).

0 comments

Post a Comment