Tarian “Mogigol Sumandai”Rungus
Tarian suku kaum Momogun Rungus
ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang
dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Apabila
lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam
bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta
Kaamatan, majlis perkahwinan, keraian ataupun ketika menyambut tetamu
yang istimewa.
Kadang-kadang semasa tarian ini
ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan
sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan"
yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis
berkenaan.
Masyarakt Rungus mempunyai tarian yang
kurang dipromsikan setakat ini iaitu “Tarian Manaradan” yang dikenali
juga Tarian Magunatip dikalangan Masyarakat Dusun. Selalunya tarian ini
hanya ditarikan oleh kaum wanita manakala kaum lelaki hanya memaikan
peralatan bamboo yangdigunakan dalam tarian ini. Alunan muziknya juga
berlainan rentakknya dengan tarian Sumundai Mogigol ini.
0 comments
Post a Comment