Siri 1 [Di Dewan Maksak Likas pada 14 Ogos 2010]Inspirasi untuk mengadakan forum ini tercetus apabila wujud keperluan untuk mendapatkan pandangan masyarakat suku kaum Rungus mengenai apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan suku kaum Rungus yang dikatakan salah satu etnik minoriti di Malaysia yang masih lagi dianggap miskin atau terpinggir daripada arus pembangunan perdana. Perdana Menteri Malaysia di dalam pembentangan RMK10 pada 10 Jun 2010 yang lepas telah menyebut bahawa kerajaan tidak akan melupakan suku-suku kaum yang masih mundur. Di dalam pembentangan tersebut beliau berkata: “Anak-anak bersekolah terpaksa berjalan jauh, merentasi jalan yang kadangkala berdebu atau berlumpur dan terdapat juga antara mereka terpaksa merentas sungai untuk menimba ilmu di sekolah. Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan. Saya ingin memastikan bahawa, kemakmuran pembangunan negara turut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Sekadar memberi contoh, dari perkampungan Melayu di Grik, Perak; perkampungan Orang Asli di Pos Titom di Cameron Highlands; pekerja India di Ladang Mary, Kuala Selangor; masyarakat Kampung Baru Cina di Pasir Hitam, Perak; masyarakat Iban di Mujong Balleh,Sarawak;dan masyarakat Rungus di Kudat, Sabah.” Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ![]()
En.
Johori Botohong (Naib III SAMORA merangkap Pengerusi Penganjur &
Pemudahcara Forum ), En. Jamalit Angak (Pegawai IT), En. Jose Modsinupu
(Timb. II SAMORA) dan En. Jelani Hamdan (Presiden SAMORA) sedang
membuat persediaan akhir sebelum Forum Halatuju Rungus dimulakan.
![]()
Vanue Forum Halatuju Rungus
![]()
En. Jose
Modsinupu, Timbalan Presiden II Samora secara rasmi menyerahkan surat
permohonan temujanji untuk "Kunjungan Kehormat kepada Perdana Menteri
Malaysia", kepada YB Datuk Ahmad Maslan untuk diserahkan kepada PM.
Justeru itu, SAMORA berhasrat untuk
membantu kerajaan dengan memberikan saranan-saranan yang praktikal
serta mampu mengeluarkan suku kaum Rungus dari belenggu kemiskinan
serta mendapat manfaat daripada angenda pembangunan negara. SAMORA
berpendapat bahawa perkara ini hanya mampu dilakukan jika wujud program
khas untuk Rungus seperti special fund untuk pembangunan suku kaum
Rungus dan special program untuk mengeluarkan suku kaum Rungus dari
belenggu kemiskinan.
SAMORA telah membuat inisiatif merancang untuk mengadakan kunjungan kehormat kepada Perdana Menteri Malaysia bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi saranan-saranan untuk membangunkan suku kaum Rungus. Temujanji untuk kunjungan kehormat tersebut telahpun dibuat. Oleh itu, memorandum perlu disediakan dengan segera dan kandungannya hendaklah menepati kehendak suku kaum Rungus secara umum. Perkara ini hanya dapat dilakukan melalui forum terbuka dan mempelawa semua suku kaum Rungus yang berminat untuk hadir dan turut serta dalam forum tersebut. Justeru itu, Forum Halatuju Rungus telah dirancang dan dilaksanakan oleh Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) bagi mendapat input-input dari masyarakat Rungus bagi pengisian Memorendum kepada Perdana Menteri Malaysia. Aturcara Forum
5.00pm : Ketibaan AMT SAMORA
5.30pm : Pendaftaran Peserta
6.15pm : Jamuan Berbuka Puasa bersama Presiden SAMORA
7.15pm : Ucapan alu-aluan Presiden SAMORA
7.25pm : Pemudahcara mengambil tempat
7.30pm : Ceramah 1 bertajuk "Halatuju Rungus dalam arus pembangunan masa kini" oleh Dr. Paul Porodong
7.50pm : Forum dimulakan
12.00 am : Majlis selesai
Forum ini dianggap telah berjaya mengutip pandangan umum suku kaum Rungus khususnya daripada ahli-ahli intelek Rungus yang telah hadir di dalam forum tersebut. Yang uniknya, forum ini turut dihadiri oleh suku kaum Rungus dari pelbagai parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat, tetapi mereka dapat bersatu di dalam nama Rungus dan menyuarakan kepentingan suku kaum Rungus dengan penuh harmoni. Di antara pemimpin parti politik yang hadir ialah YB Sarapin Magana [ADUN N4 Matunggong merangkap Ketua Bahagian PBS N4 Natunggong], En. Berman Angkap [Presiden BERSEKUTU], bebarapa AJK Bahagian UMNO, PBS dan PBRS. Secara keseluruhannya, semua yang hadir berpendapat bahawa kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu ikhtiar untuk mengeluarkan Rungus daripada carta kemiskinan dan kemunduran pembangunan di Malaysia melalui Rancangan Malaysia ke-10. Hanya Rancangan Khas yang berfokuskan suku kaum Rungus sahaja yang mampu mempastikan Rungus tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara. Tanpa program seumpama itu suku kaum Rungus sentiasa terkebelakang di dalam arus pembangunan nasional. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Sehubungan dengan itu, ahli-ahli Forum Halatuju Rungus berpendapat bahawa perlu ada Program Khas untuk membangun suku kaum Rungus agar tidak terpinggir di dalam Arus Pembangunan Nasional.
Kehadiran Forum Halatuju Rungus 2010 siri 1
|
Info :- http://momogunrungus.com/informasi/halatuju.html |
0 comments
Post a Comment