Thursday, 6 June 2013

Alat Muzik Tradisional Rungus


Inilah bentuk dan rupa gong yang terdapat di kepulauan Borneo ini yang terdapat banyak elemen-elemen pengaruh China seperti Naga. Gong ini dinamakan “Sandangau Bolukis”

Gong sangat suci bagi suku kaum Rungus malah menganggap gong merupakan salah satu barangan yang sangat bernilai. Gong dianggap harta tidak ternilai yang menjadi warisan pada sesebuah keluarga, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Gong dalam Masyarakat Rungus
Kegunaan gong adalah pelbagai, sama ada bersifat keagamaan,keramaian atau pun dengan tujuan berkabung.Antara kegunaannya yang lain adalah:
  • Digunakan sebagai penutup tempayan yang menempatkan mayat sebelum dikebumikan.
  • Digunakan sebagai 'berian' yang merupakan satu kemestian untuk berkahwin.
  • Dipalu (tagung tavasi) ketika keramaian dimana tetamu menari sumundai mongigol.
  • Dipalu ketika ada kematian.
  • Dipalu apabila mencari orang hilang sama ada di sungai atau hutan pada dahulu kala.
  • Dipalu untuk memberi amaran apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir.
  • Dipalu apabila berlaku gerhana bulan.
Gong ini yang dikatakan paling mahal harganya mencecah puluhan ribu “Sandangau “Kumanis  Guntomou” kerana bunyinya sangat kuat dan nyaring. Ciri-ciri bagi sandangau Kumanis Guntomou adalah mempunyi bitik hijau.
Sejarah mengatakan Gong ini berasal daripada negera China yang digunakan sebagai alat muzik dalam berbagai acara untuk berkomunikasi, membuat pengumuman, membuat musik, mengiringi peristiwa hidup, bermeditasi dan menyembuhkan. Selama berabad-abad gong telah menjadi elemen penting dalam perayaan, perkuburan, teater dan  lagu, gong ini merupakan instrumen orkestra di istana dan masyarakat atasan Asian.  Gong ini juga dianggap alat muzik yang paling tinggi nilainya dalam semua alat muzik lain oleh masyarakat kuno di Negara China, Myanmmar dan keseluruhannya masyarakat Asian. Sekitar 1790 telah dibawah masuk ke Eropah dan peranan Gong juga hampir sama iaitu kegunaan kumpulan pemuzik terutamanya kumpulan orkestra Eropah. Gong sebenarnya telah dianggap sebagai pusaka yang tinggi nilainya dalam masyarakat kini. Sekitar awal 1990 Etnik Rungus di Kampung Sumangkap Matunggung telah berjinak-jinak dalam pembikinan gong sekedar percubaan. Walaubagaimana pun ketika ini dia telah dijadikan satu Industri kecil Sedarhana (IKS) yang begitu menggalakkan. Pusat ini juga telah menghasilkan berbagai bentuk dan saiz gong yang sungguh mengamit hati para pelancong yang dating ke pusat pembuatan gong ini. Pusat pembuatan Gong di Kampung Sumangkap ini adalah kilang Tunggal yang ada di Negara Malaysia ini. Sehingga kini keujudan pusat pembuatan gong ini tiada keduanya di Negara kita mungkin benarlah kepercayaan China yang merupakan polpor pembuatan gong ini sekitar 500 tahun sebelum Masehi, percaya bahawa hanya orang yang berkemahiran tinggi dan semulajadi akan telah direstui semangat gong ini boleh membuatnya. Ilham yang telah datang sendiri kepada sesorang Etnik Rungus di kampong Sumangkap ini telah banyak membantu mereka mengeluarkan masyarakat ini keluar daripada kepompong kemiskinan.

Alat Muzik Etnik Rungus kumpulan yang lengkap seperti Tavag 3 biji gong, Koritikon (golopison) 1 biji, gong, Soludon 1 biji gong, Pompo 1 biji gong, Tontog 1 gendang.
Nama umum bagi semua alat muzik ini ialah “Sandangau” kecuali “Tontog” sebab ia adalah gendang.


Gong ini dinamakan “Tavag” mesti dimainkan 3 biji serentak dan hanya dimainkan seorang pemain sahaja, ia memerlukan kepakaran untuk memalu gong tersebut.


“Koritikon” nama gongnya “Tiuang”

Sandangau pada zaman dahulu hanya menggunakan “Sandagau Kumanis” sahaja memandangkan kumanis telah kurang digantikan dengan sandagau “Matunggung”. Istilah yang selalu digunakan “Sandangau it sinupu tokou” maksudnya Sandagau ciptaa kita.

“Soludon” yang bergantung dan yang diletakkan di paha itu “pompo”

“Tontog”
Terdapat perbezaan antara bunyi, bahan pemukul gong dan bentuk juga saiznya  diantara Tavag, Sandagau, Soludon, Koritikon, Pompo dan Tontog ini. Tavag, Pompo dan Soludon cara memalukan gong menggunakan getah pada hujung alat pemukul gong itu yang diperbuat daripada bekas tiub tayar biskal, motorsikal atau kereta. Manakalah Koritikon pula alat pemukulnya diperbuat daripada sumbiling (buluh runcing) dan kayu dan Sandagau pula menggunakan kayu. Tontog pula (gendang) menggunakan skrap susu getah tetatpi ia mempunyai alternative lain iaitu tiub getah.
Alat Muzik yang dimainkan secara individu ini merupakan alat muzik tradisional Etnik Rungus sehingga sekarang masih lagi dimainkan oleh mereka yang mahir memainkan muzik ini. Walaubagaimana alat-alat muzik tradisi ini kurang dimintai genarsi muda dan yang mahir menggunakan alat muzik ini alat genarasi tua sahaja.
  • Sundatang
  • Turuding
  • Sompoton
  • Turali
“Sundatangan”
 
 
 
“Sompoton”

“Turali”
 
 
 
 
 
“Turuding”
 

0 comments

Post a Comment