JANJI
ROH KUDUS
- Nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama:
Perjanjian
Lama mempunyai banyak nubuatan tentang janji baptisan Roh Kudus.
Memang Roh Kudus sudah hadir di bumi itu. Nabi-nabi pada zaman
Perjanjian Lama mengalami Roh Kudus turun di atas mereka waktu mereka
bernubuat. Mereka bercakap dan menulis “oleh dorongan Roh Kudus”
(II Petrus 1:21), tetapi Roh Kudus tidak diam di dalamnya.
Bagaimanapun, para nabi ini mengisytiharkan bahawa dalam zaman yang
akan datang – bukan sahaja para nabi itu, tetapi setiap orang boleh
menerima Roh Kudus – mendiami di dalam mereka.
Baca: Yehezkiel
36:26-27
Yesaya
44:3
Yesaya
12:3
Zakharia
12:10
Yoel
2:28-29
- Nubuatan-nubuatan Perjanjian Baru:
Yohanes
Pembaptis memberi nubuatan ini tentang baptisan Roh Kudus:
“Aku
membaptis kamu dengan air sebagai tanda pertobatan, tetapi Ia yang
datang kemudian daripadaku lebih berkuasa daripadaku dan aku tidak
layak melepaskan kasutNya. Ia akan
membaptiskan kamu dengan Roh Kudus dan dengan api” (Matius
3:11).
Yesus
Kristus bercakap banyak kali tentang pengalaman ini. Dia
mengisytiharkan kepada Nikodemus, ”Aku
berkata kepadamu sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air
dan Roh, ia tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Allah” (Yohanes
3:5).
Yesus
membandingkan Roh Kudus dengan air (yang diperlukan untuk kehidupan,
dan untuk memuaskan dahaga) waktu Dia menyaksikan kepada orang
perempuan Samaria dan berkhutbah kepada ramai orang yang sedang
merayakan Hari Raya Pondok Daud (Yohanes 4:13-14 dan 7:37-39).
Janji-janji
yang lain diberikan oleh Yesus tentang Roh Kudus:
Yohanes
14:16-18
Yohanes
14:26-27
Yohanes
15:26
Yohanes
16:7
Lukas
24:49
Kisah
Para Rasul 1:4-5, 8
Paulus,
dalam buku Ibrani , Pasal 11, memberitahu kita tentang ramai orang
yang hidup pada zaman Perjanjian Lama yang mempunyai berbagai
pengalaman dan perhubungan dengan Tuhan – orang-orang seperti
Habel, Henokh, Nuh, Abraham, Ishak, Yakub, Musa, Gideon, Barak,
Simon, Yefta, Daud, dan Samuel. Tetapi dia menghabiskan pasal ini
dengan perkataan-perkataan ini:
”Dan
mereka semua tidak memperoleh apa yang dijanjikan itu, sekalipun iman
mereka telah membrikan kepada mereka suatu kesaksian yang baik.
Sebab
Allah telah menyediakan sesuatau yang lebih baik bagi kita; tanpa
kita mereka tidak dapat sampai kepada kesempurnaan” (Ibrani
11:39-40).
Roh
Kudus tidak diberikan pada zaman Perjanjian Lama kerana Anak Domba
yang benar belum dipersembahkan bagi dosa-dosa manusia. Manusia tidak
dapat mempunyai Roh Kudus di dalamnya sehingga hatinya disucikan oleh
darah Yesus Kristus!
PENGALAMAN
PENTAKOSTA
”Ketika
tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat.
Tiba-tiba
turunlah dari langit suatu bunyi seperti tiupan angin keras yang
memenuhi seluruh rumah, di mana mereka duduk;
dan
tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran
dan hinggap pada mereka masing-masing.
Maka
penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata
dalam bahasa-bahasa yang lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu
kepada mereka untuk mengatakannya” (Kisah
Para Rasul 2:1-4).
Yesus
Kristus, anak domba Paskah kita (I Korintus 5:7) disalibkan pada hari
orang-orang Yahudi merayakan Perayaan Paskah. TUHAN memilih
mencurahkan Roh KudusNya pada hari perayaan yang lain—Perayaan
Pentakosta itu. Madsudnya merayakan
permulaan penuaian gandum (Keluaran 34:22). Perayaan ini juga
dipanggil ”Perayaan Minggu-Minggu’
dan ”Perayaan
Buah-Buah yang pertama.”
Pada
hari bahawa orang Yahudi berkumpul dalam Yerusalem untuk merayakan
permulaan penuaian, TUHAN mulai menuai jiwa-jiwa manusia dan
mengumpulkannya ke dalam gerejaNya. Demikian, hari Pentakosta pada
tahun itu menjadi Hari Jadi Gereja Kristian.
TANDA-TANDA
ROH KUDUS YANG DAPAT DILIHAT
Apabila
TUHAN memberi hukum Taurat kepada Musa, ada pertunjukkan kuasa TUHAN
yang besar; guruh, kilatm bunyi trompet, gempa bumi, dan api. Semua
inilah berlaku untuk menyakinkan orang-orang Israel bahawa TUHAN
telah melawat umatNya.
Hari
Pentakosta mendatangkan satu zaman yang baru bagi bangsa Israel dan
semua orang yang menjadi orang Yahudi rohani dengan iman dan
kepatuhan kepada Yesus Kristus.
Apabila
Roh Kudus datang di atas kira-kira 120 orang percaya, ada bunyi dari
langit seperti tiupan angin keras. Maka lidah-likah seperti nyala api
hinggap di atas mereka masing-masing. Fenomenon ini tidak pernah
berlaku lagi dalam buku Kisah Para Rasul. Bagaimanapun, ”berkata-kata
dalam bahasa lain” adalah pengalaman
yang biasa untuk semua orang yang menerima Roh Kudus.
Dalam
tiga laporan bersejarah orang-orang yang menerima Roh Kudus,
”berkata-kata dalam bahasa-bahasa
lain.” Dalam laporan yang lain,
”berkata-kata dalam bahasa lain”
tidak disebutkan, tetapi ada bukti
bahawa pengalaman ini berlaku pada waktu itu, juga
BERKATA-KATA
DALAM BAHASA-BAHASA LAIN
- Pada hari Pentakosta:
Kita
membaca dalam Kisah Para Rasul 2:4 bahawa semua orang percaya
” mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain.” Bahasa-bahasa
ini asing kepada mereka. Pada masa itu ada orang-orang Yahudi hadir
dari tujuh belas negeri yang berlainan, dan mereka mendengar seratus
dua puluh orang ini berkata-kata dalam bahasa-bahasa negerina
sendiri, sekalipun mereka semua orang Galilea. Ini membawa berbagai
tindak-balas daripada orang banyak itu:
”Mereka
semua tercengang-cengang dan heran, lalu berkata: ’Bukanlah mereka
semua yang berkata-kata itu orang Galilea?
Bagaimana
mungkin kita masing-masing mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa
kita sendiri, iaitu bahasa yang kita pakai di negeri asal kita:’
Mereka
semuanya tercengang-cengang dan sangat termangu-mangu sambil berkata
seorang kepada yang lain: ’Apakah artinya ini?’
Tetapi
orang lain menyindir: ’Mereka sedang mabuk oleh anggur manis”
(ayat 7-8,12-13).
Setengah
orang berbantah bahawa ”berkata-kata
dalam bahasa-bahasa lain” bermaksud
memberitakan Injil Yesus Kristus kepada orang banyak yang berhimpun
orang percaya itu. Bagaimanapun, tidak ada keperluan bagi mukjizat
seperti ini, kerana semua orang hadir adalah orang Yahudi. Semua
orang Yahudi (termasuk para rasul) bercakap dan memahami bahasa
Ibrani.
Ada
orang lain yang berbantah bahawa ”berkata-kata
dalam bahasa-bahasa lain” ialah
pemberian atau karunia berkata-kata
dengan bahasa roh (I Korintus 12:10).
Kalau benar, segala peraturan tentang mengadakan karunia ini
dilanggar. Hanya satu orang pada masa yang sama boleh mempergunakan
Karunia ini—dan hanya tiga ucapan dibenarkan dalam satu kebaktian
(pertemuan beribadat), tetapi pada hari Pentakosta, semua 120 orang
bercakap pada masa yang sama (I Korintus 14:27).
Ingatlah
bahawa semua orang adalah orang Yahudi, dan kebanyakan mereka datang
dari banyak negeri untuk merayakan Perayaan Pentakosta, yang
dikehendaki oleh hukum Taurat.
Waktu
Roh Kudus dicurahkan di atas 120 orang percaya, berita tentang
peristiwa ini dengan cepat menyampaikan kepada ramai orang di Bait
Suci, dan mereka berkumpul-kumpul 120 orang percaya. Dalam
tengah-tengah kekeliruan mereka, Petrus berdiri dan mulai berkhutbah
kepada orang banyak itu. Dia menjawab persoalan mereka, ”Apakah
artinya ini?
”...
Hai kamu orang Yahudi dan kamu semua yang tinggal di Yerusalem,
ketahuilah dan camkanlah perkataanku ini.
Orang-orang
ini tidak mabuk seperti yang kamu sangka, kerana hari baru pukul
sembilan, tetapi itulah yang difirmankan Allah dengan perantaraan
nabi Yeol:
Akan
terjadi pada hari-hari terakhir-- demikianlah firman Allah-- bahawa
Aku akan mencurahkan RohKu ke atas semua manusia....” (Kisah
Para Rasul 2:14-17).
Jawapan
ini oleh Petrus ialah bukti yang jelas bahawa ”berkata-kata
dalam bahasa-bahasa lain” yang
berlaku pada hari Pentakosta ialah saksi dan tanda bahawa Roh Kudus
sudah datang ke dalam hati dan kehidupan semua 120 orang percaya!
- Orang-orang Samaria.
Filipus
pergi ke kota di Samaria dan memberitakan Mesias kepada orang-orang
di situ. Ketika orang banyak mendengar pemberitaannya, dan melihat
segala tanda yang diadakan oleh Filipus, mereka semua dengan bulat
hati menerima pemberitaannya.
Ada
seorang yang bernama Simon, seorang sihir di kota itu, yang percaya
kepada Filipus waktu Filipus berkhutbah ”tentang
Kerajaan Allah dan nama Yesus Kristus” (Kisah
Para Rasul 8:12). Orang ini mengikut semua orang percaya di Samaria
dan menerima baptisan dalam nama Yesus Kristus.
Ketika
rasul-rasul di Yerusalem mendengar bahawa tanah Samaria telah
menerima firman Allah, mereka mengutus Petrus dan Yohanes ke situ,
kerana ”Roh Kudus belum turun di atas
seorangpun diantara mereka, kerana mereka dibaptis dalam nama Tuhan
Yesus” (ayat 15).
”Kemudian
keduanya menumpangkan tangan di atas mereka, lalu mereka menerima Roh
Kudus.
Ketika
Simon melihat bahawa pemberian Roh Kudus terjadi oleh kerana
rasul-rasul itu menumpangkan tangannya, ia menawarkan wang kepada
mereka,
serta
berkata: ’Berikan juga kepadaku kuasa itu, supaya jika aku
menumpangkan tanganku di atas seseorang, ia boleh menerima Roh Kudus”
(ayat 17-19).
Laporan
ini laporan yang tunggal dalam buku Kisah Para Rasul yang tidak denga
jelas menyebutkan ”berkata-kata dalam
bahasa-bahasa lain” terjadi waktu
mereka menerima Roh Kudus. Bagaimanapun sesuatu berlaku, atau Simon
tidak akan menawarkan wang untuk mempunyai kuasa yang sama.
Setiap
sarjana Alkitab yang tidak mempunyai prasangka mempercayai bahawa
Simon melihat orang-orang ini berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain.
Simon sudah melihat penyembuhan dan roh-roh jahat diusir daripada
orang, dan tak pernah menawarkan wang bagi karunia mengadakan
mukjizat-mukjizat ini.
- Kornelius dan seisi rumahnya.
Petrus
berkhutbah kepada Kornelius dan seisi rumahnya tentang Yesus Kristus.
Kornelius adalah seorang yang bukan orang Yahudi, tetapi sudah
percaya kepada Allah dan agama Yahudi. Dia berpuasa dan berdoa,
mencari wajah Allah. Kerana inilah Tuhan mengutus seorang malaikat
melawat dia, dan menyuruh dia menghantar untuk Petrus datang dengan
perkataan-perkataan yang akan membawa keselamatan kepada mereka.
Petrus berkhutbah tentang pengampunan kerana nama Yesus:
”Ketika
Petrus sedang berkata demikian, turunlah Roh Kudus ke atas semua
orang yang mendengarkan permberitaan itu.
Dan
semua orang percaya dari golongan bersunat yang menyertai Petrus,
tercengang-cengang, kerana melihat, bahawa karunia Roh Kudus
dicurahkan ke atas bangsa-bangsa lain juga, sebab mereka mendengar
orang-orang itu berkata-kata dalam bahasa roh dan memuliahkan Allah”
(Kisah Para Rasul 10:46).
- Orang-orang Efesus.
Orang
ini sudah percaya kepada Yesus, tetapi mengetahui hanya tentang
baptisan Yohanes, sahaja.
Paulus
membaptis mereka dalam nama Yesus Kristus dan berdoa untuk supaya
mereka menerima Roh Kudus:
”Dan
ketika Paulus menumpangkan tangan di atas mereka, turunlah Roh Kudus
ke atas mereka, dan mulai mereka berkat-kata dalam bahasa roh dan
bernubuat” (Kisah Para Rasul 19:6).
RINGKASAN
BUKTI ALKITAB
Ada
empat laporan bersejarah dalam buku Kisah Para Rasul orang-orang
menerima Roh Kudus. Dalam tiga daripada laporan ini, Alkitab dengan
jelas memberitahu kita bahawa semua orang yang menerima Roh Kudus
”berkata-kata dalam bahasa-bahasa
lain” atau ”berkata-kata
dalam bahasa roh.” Dalam laporan yang
lain, kebanyakan sarjana Alkitab bersetuju bahawa orang-orang Samaria
menerima pengalaman yang sama!
Setiap
kebenaran yang sangat penting mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua
atau tiga saksi (ayat Kitab Suci):
”...
dengan keterangan dua atau tiga orang saksi suatu perkara sah” (II
Korintus 13:1).
”...
dalam mulut dua atau tiga saksi tiap-tiap perkataan akan menjadi sah”
(II Korintus 13:1, KJV).
0 comments
Post a Comment