Monday, 20 May 2013

Kebudayaan Rungus Momogun semakin hilang

Secara tidak langsung kebudayaan Rungus Momogun semakin hilang dimata dunia atau semakin terhakis keasliaannya. Ini kerana ada diantara Rungus yang tidak mengambil berat kebudayaan suku sendiri. Ini sangat ketara apabila ada diantara pemimpin-pemimpin yang sanggup bergabung dengan kebudayaan lain demi kepentingin diri sendiri.

Antara budaya yang semakin menular dan membimbangkan adalah Sugandoi, Kaamatan dan Unduk Ngadau. Perayaan atau budaya ini bukanlah milik Rungus Momogun, namun begitu acara ini seringkali diadakan di Kawasan KUDAT, MOTUNGGUNG, KOTA MARUDU, PITAS dan PAITAN yang kebanyakan penduduknya adalah Rungus Momogun. Kenapa perkara ini harus terjadi?

Kadazan Dusun Murut (KDM) adalah paling senonim didengar seluruh Sabah, dimanakah Rungus Momogun? walaupun dalam hal ini, Rungus juga disebut KDM dan termasuk dalam Kadazan Dusun Murut Association (KDCA), adakah anda setujuh disebut KDM kepada Suku Rungus?

Adakah ini practikal?

Ini akan menghakis Budaya Rungus Momogun seperti Magahau, Gimpuhut dan sebagainya. Dimanakah generasi Rungus Momogun untuk mempertahankan kebudayaan yang semakin terhakis ini? adakah kita berdiam diri sahaja dalam hal ini? Di Motunggung yang mejoritinya penduduk Rungus, masih ada cawangan KDCA sedangkan kurang orang KDM disana. Kenapa ada cawangan KDCA disana? Adakah ini penjajahan budaya?

Rungus Momogun juga ada Persatuan sendiri seperti Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) Rungus Cultural Association (RCA), SURICH dan Yayasan Rungus Sabah (YRS).

Sungguh, Saya sangat kecewa melihat dan memikirkan perkara ini.."Mosik Tokow no Rungus Momogun, sampai sira iradan tokow yaditi"

Ong okon ko ie tokow, isai po!!!
Ong okon ko biano, sira po!!!

0 comments

Post a Comment