”... dasar pertobatan dari
perbuatan-perbuatan yang sia-sia, dan dasar
kepercayaan kepada Allah,
iaitu, ajaran tentang pelbagai
pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan
orang-orang mati, dan hukuman kekal” (Ibrani 6:1-2)
”Hukuman kekal” disenaraikan sebagai satu daripada enam prinsip
doktrin Kristus. Perkataan ”Hukuman”
dalam ayat dua (di atas) dan dalam kebanyakkan ayat Kitab Suci dari
Perjanjian Baru datang dari perkataan Yunani ”Krisis” bermakna ”satu keputusan diambil yang baik terhadap
orang yang lain, atau tidak baik.” Mungkin
perkataan ”pengadilan” adalah perkataan yang lebih betul, kerana ”hukuman” biasanya digunakan secara yang negatif sahaja.
Sebutan ”hukuman
kekal,” dalam ayat 2 ( di atas) tidak
semestinya berhubungan dengan pengadilan yang akan datang bagi bangsa-bangsa,
orang-orang kudus, dan orang-orang berdosa. Pengarang ini percaya bahawa dalam
ayat ini Paulus menulis tentang pengadilan yang akan berlaku dengan segera
sesudah seseorang mati.
”Dan
sama seperti manusia ditetapkan untuk mati satu kali saja, dan sesudah
itu
dihakimi (Ibrani 9:27).
Perkataan ”sesudah”
dalam
ayat ini (di atas) datang dari perkataan Yunani ”meta,” yang bermakna ”masa
yang pendek,” ”Dihakimi” datang daripada perkataan ”krisis,”
perkataan
sama yang diterjemahkan ”hukuman” dalam Ibrani 6:2. Semua
ini menabahkan kekuatan kepada kepercayaan penulis ini bahawa Paulus menulis
dalam ayat ini tentang pengadilan yang berlaku dengan segera sesudah seorang
mati.
KEMATIAN
BERLAKU KEPADA SEMUA MANUSIA
”Apakah
arti hidupmu? Hidupmu itu sama seperti wap yang sebenar saja kelihatan lalu
lenyap” (Yakobus 4:14).
Hanya
kedatangan Yesus yang kedua dapat menghalang kita dari menepati perlantikan
kita dengan kematian. Tetapi sesudah itu, apakah yang berlaku?;
1.
Tubuh balik ke tanah:
”Kerana
nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama
menimpa
mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-
duanya
mempunyai nafas yang sama, dan manusia tak mempunyai kelebihan atas
binatang,
kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
Kedua-duanya
menuju satu tempat; kedua-duanya terjadi dari debu dan
Kedua-duanya
kembali kepada debu” (Pengkhotbah 3:19-20).
Dalam ayat-ayat ini, Salomo menulis tentang
tubuh manusia, sahaja, tetapi manusia adalah tubuh, roh, dan jiwa (I Tes 5:23).
Tetapi, dai meneruskan dengan menulis tentang roh manusia:
”Siapakah yang mengetahui, apakah nafas
(*roh) manusia naik ke atas dan nafas (*roh)
binatang turun ke bawah bumi” (Pengkhotbah 2:21).
*Alkitab
Inggeris, KJV
”dan
debu kembali manjadi tanah seperti semula dan roh kembali kepada
Allah
yang mengaruniakannya” (Pengkhotbah 12:7).
Bagi
apakah maksud roh manusia balik ke Allah? Bagi pengadilan atau hukuman, dan penempatan. Allah mesti mengambil
keputudan ke mana Dia akan menghantar roh jiwa orang yang mati. Sesungguhnya
perkara ini sedah diselesaikan oleh orang yang mati dengan cara hidup di dunia
ini sebelum kematiannya.
KEWUJUDAN NERAKA
Sungguhpun perkataan ”neraka” tidak
terdapat dalam Perjanjian Lama, tetapi ada banyak ayat Kitab Suci yang rupanya
berhubungan dengan tempat itu. Sebagai contoh:
”Sebaliknya,
ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling
dalam
di liang kubur” (Yesaya 14:15).
”Orang-orang
yang berdosa terkejut di Sion, orang-orang murtad diliputi kegentaran.
Mereka
berkata: ’Siapakah di antara kita yang dapat tinggal dalam api yang meng-
habiskan
ini? Siapakah di antara kita yang dapat tinggal di perapian yang abadi ini?”
(Yesaya 33:14).
”Sebab
api telah dinyalakan oleh murkaKu, dan bernyala-nyala sampai ke bagian dunia
(*orang
mati) yang paling bawah; api itu memakan bumi dengan hasilnya, dan meng-
hanguskan
dasar gunung-gunung” (Ulangan 32:22).
”sebab
kasih setiaMu besar atas aku, dan Engkau telah melepaskan nyawaku dari dunia
(*orang
mati) yang paling bawah” (Mazmur 86:13).
*”orang
mati” tidak terdapat dalam penterjamahan yang lain.
NERAKA DALAM
PERJANJIAN BARU
Beberapa kali,
Yesus mengajar tentang neraka: Sebagai contoh:
”Dan
jika tanganmu menyesatkan engkau, penggallah, kerana lebih engkau masuk
ke
dalam hidup dengan tangan kudung daripada dengan utuh kedua tanganmu
dibuang
ke dalam neraka, ke dalam api yang tak terpadam;
Di
tempat itu ulatnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam” (Markus
9:43-44)
Bacalah juga ayat 45-48.
”Dan Ia akan juga kepada mereka yang di
sebelah kiriNya: Enyahlah dari
hadapanKu, hai kamu orang-orang terkutuk,
enyahlah ke dalam api yang kekal yang
telah sedia untuk Iblis dan
malaikat-malaikatnya.
Dan mereka ini akan masuk ke tempat
siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke
dalam hidup yang kekal” (Matius 25:41,46).
Apa yang kita belajar tentang neraka, alam
akhirat tempat untuk semua manusia yang tidak mengalami keselamatan yang benar,
dari ayat-ayat ini ialah:
1. Jiwa mereka tak pernah mati.
2. Api neraka tak pernah terpadamkan.
3. lebih baik menyerahkan apa yang terbanyak
dikasihi oleh kita (yang menghalang kita) daripada membiarkan benda-benda (atau
orang-orang) ini menyebabkan kita masuk neraka yang kekal.
4. Neraka adalah tempat siksaan yang kekal.
ORANG KAYA DAN LAZARUS
Bacalah Lukas 16:19-26 dan memperhatikan
kebenaran-kebenaran ini tentang neraka:
1. Ini bukan satu perumpaman. Yesus Kristus
tak pernah menggunakan nama-nama dalam perumpamaan-perumpamaan. Dia berkata ”Ada
seorang kaya” dan ”ada seorang pengemis.” Peristiwa ini benar-benar
berlaku.
2. Pengemis mati dan tidak ada apa-apa
dikatakan tentang pengkuburannya. Tetapi jiwanya dibawa oleh malaikat-malaikat
ke ”pangkuan Abraham.” Sebutan ini adalah sebutan orang-orang Yahudi bagi tempat untuk jiwa
berehat sehingga kebangkitan orang mati. Yesus memanggil tempat ini ”Firdaus”
(Lukas 23:43).
3. Orang kaya mati dan dikuburkan.
4. ”Dan sementara ia menderita sengsara di
dalam alam maut (*neraka) ia memandang ke atas, dan dari jauh dilihatnya
Abraham, dan Lazarus duduk di pangkuannya.” (Lukas 16:23).
5. Dia berseru, ”Bapa Abraham, kasihanilah
aku. Suruhlah Lazarus, supaya ia mencelupkan ujung jarinya ke dalam air dan
menyejukkan lidahku, sebab aku sangat kesakitan dalam nyala api ini”
6. Orang kaya mempunyai pengingatan, dan
Abraham mengingatkan dia bahawa dia sudah menerima banyak peluang semasa
kehidupannya (ayat 25).
7. Abraham memberitahu orang kaya bahawa ”di
antara kami dan engakau terbentang jurang yang tak terseberangi, supaya mereka
yang mahu pergi dari sini kepadamu ataupun mereka yang mahu datang dari situ
kepada kami tidak menyeberang” (ayat 26).
MASA HADAPAN UNTUK ORANG PERCAYA YANG
BENAR
Yesus Kristus memberitahu pencuri yang
tergantung di kayu salib,”... sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada
bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus” (Lukas 23:43). Waktu seorang mati
”dalam Kristus” tubuhnya kembali ke tanah, tetapi roh dan jiwanya
dihantar oleh Tuhan ke Firdaus, untuk rehat dan menantikan kebangkitan orang
mati. Paulus menulis tentang kebangkitan ini:
”Selamanya kami tidak mau,
saudara-saudara, bahawa kamu tidak
mengetahui tentang mereka yang meninggal
(*tidur) supaya kamu
jangan berdukacita seperti orang-orang
lain yang tidak mempunyai
pengharapan.
Kerana jikalau kita percaya, bahawa Yesus
telah mati dan telah bangkit,
maka kita percaya juga bahawa mereka yang
telah meninggal (*tidur)
dalam Yesus akan dikumpulkan Allah
bersama-sama dengan Dia.
Ini kami katakan kepadamu dengan firman
Tuhan: kita yang hidup, yang
masih tinggal sampai kedatangan Tuhan,
sekali-kali tidak akan mendahului
mereka yang telah meninggal.
Sebab pada waktu tanda diberi, iaitu pada
waktu penghulu malaikat berseru
dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan
sendiri akan turun dari syurga
dan mereka yang mati dalam Kristus akan
lebih dahulu bangkit;
Sesudah itu, kita yang hidup, yang masih
tinggal, akan diangkat bersama-sama
dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan
di angkasa. Demikianlah kita
akan selama-lamanya bersama-sama dengan
Tuhan.
Kerana itu hiburkanlah seorang akan yang
lain dengan perkataan-perkataan ini”
(I Tesalonika 4:13-18).
*sleep – Alkitab
Inggeris, KJV
Orang kaya mati dan dengan segera pergi ke
neraka. Pencuri yang menerima pengampunan daripada Yesus mati dan dengan segera
pergi ke Firdaus. Kerana contoh-contoh ini, kita dapat memahami bahawa ada
pengadilan atau hukuman yang berlaku pada waktu seorang mati.
Daniel 7:9-10; II Korintus 5:10; dan Wahyu
20:11-15 menceritakan tentang hukuman yang akan datang, tetapi apa yang
terpenting ialah hukuman yang berlaku pada waktu seorang mati.
Kalau seorang mati diselamatkan (dalam
Yesus Kristus), dia tidak perlu bimbang tentang hukuman yang akan berlaku
nanti. Dia tidak akan diambil dari tempat rehat, ditempatkan di hadapan taktha
hukuman, dan sesudah itu dibuang ke dalam neraka.
Kedua-dua Yohanes dan Daniel menerima
penglihatan daripada Tuhan tentang takhta pengadilan, dan buku-buku yang
dibukakan. Buku-buku ini adalah enam puluh enam buku dari Alkitab itu, dari man
manusia dihakimi. Sekarang ini kita mesti hidup dengan firman Allah,
supaya kita dapat mati dengan firman Allah. Kalau hati kita betul dengan
Tuhan, kta tidak perlu mempunyai takut terhadapNya. Apabila Paulus menghadapi
kematian, dia menulis kepada Timotius, anaknya dalam Kristus Yesus:
”Mengenai
diriku, darahku sudah mulai dicurahkan sebagai persembahan
dan
saat kematianku sudah dekat.
Aku
telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis
akhir
dan aku telah memilihara iman.
Sekarang
telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan
kepadaku
oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hariNya; tetapi bukan hanya
kepadaku,
melainkan juga kepada semua orang yang merindukan kedatanganNya”
(II Timotius
4:6-8).
Yesus Kristus
berjanji murid-muridNya:
”Di
rumah BapaKu banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku
mengatakannya
kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu.
Dan
apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu,
Aku
akan datang kembali dan membawa kamu ke tempatKu, supaya di tempat di mana
Aku
berada, kamupun berada (Yohanes 14:2-3).
Mungkin kita mengalami
percubaan dan penderitaan sekarang ini, tetapi kita mengetahui bahawa:
”Sebab
penderitaan ringan yang sekarang ini mengerjakan bagi kami kemuliaan
kekal
yang melebihi segala-galanya, jauh lebih besar daripada penderitaan kami.
Sebab
kami tidak memperhatikan yang kelihatan, melainkan yang tak kelihatan,
kerana
yang kelihatan adalah sementara, sedangkan yang tak kelihatan adalah kekal”
Kerana
kami tahu, bahawa jika khemah tempat kediaman kita di bumi ini dibongkar,
Allah
telah menyediakan suatu tempat kediaman di syurga bagi kita, suatu tempat
kediaman
yang kekal, yang tidak dibuat oleh tangan manusia.
Maka
oleh kerana itu hati kami senantiasa tabah, meskipun kami sadar, bahawa selama
kami mendiami tubuh ini, kami masih jauh dari Tuhan,
--
sebab hidup kami ini adalah hidup kerana percaya, bukan kerana melihat --
tetapi
hati kami tabah, dan terlebih suka kami beralih dari tubuh ini untuk menetap
pada Tuhan”
(II Korintus 4:17-18; 5:1; 6-8).
Pengharapan orang
Kristian adalah kedatanganYesus Kristus yang kedua. Pada waktu itu, tubuh kita
akan diubahkan ”sehingga serupa dengan tubuhNya yang mulia” (Filipi 3:21).
Sekarang ini ”belum nyata apa keadaan kita kelak; akan tetapi
kita tahu, bahawa apabila Kristus menyatakan diriNya, kita akan menjadi sama
seperti Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaanNya yang sebenarnya” (I Yohanes
3:2).
0 comments
Post a Comment